FirDauS FaMiLy

FirDauS FaMiLy

Wednesday, February 23, 2011

secebis kisah yg menginsafkan kami

ketika kami pulang dari kenduri
kawan abah kat Taman Tenaga Puchong
kami terserempak 
dgn sorang uncle tua ni jalan kaki
menahan kete kami
utk bertanya di mana masjid
memandangkan hari dah hujan
umi suruh abah tumpangkan uncle ni ke masjid
tapi abah pun tak tau masjid kat taman tu
sambil pusing cari masjid
abah tanya uncle tu, nak buat apa pegi masjid?
uncle tu ceritala
dia dr sg buloh, dtg situ nak cari keje sbg guard
tp tak dapat dgn alasan dia dah tua & berpenyakit
anak & isteri dia meninggal dunia sebab cancer
skrgni dia sebatang kara
mencari keje sana sini
uncle ni muallaf
dah tak dapat keje, uncle nak ke masjid
nak minta tolong kot2 ada
bantuan keje utk uncle
dah sampai masjid situ
abah tengok masjid tu kosong
waktu zuhur pun lambat lagi
jadi abah cadangkan ke masjid subang jaya
abah nak bawa uncle pegi makan
tapi uncle tak mau, dia kata dia dah b'fast dgn roti canai 
sampai masjid subang jaya time tu azan zuhur terus solat sekali la
dah siap solat, abah ada la jumpa
seseorang kat masjid
tanyala org tu, ada ke apa2 bantuan dr segi keje
utk bantu muallaf ni, bukan bantuan kewangan
boleh org tu cakap, "kat sini ramai org camtu datang, byk yg menipu"
Masyaallah, bolehkan seseorang yg alim lg bijakpandai cakap macamtu
sedihnya kami dengar, klu macamtu

dr jauh umi nampak ada beberapa hamba Allah yg prihatin
menghulurkan bantuan kat uncle tadi, syukur Alhamdulillah
kami pun tinggalkan uncle tadi di masjid tu
abah ada tinggalkan sedikit bantuan dan no hp 
kami berharap semoga Allah permudahkan kehidupan
hamba Allah ini, semoga dia lebih cekal
dan kuatkan imannya


Alif amik gamba uncle tu dr dalam kete
dah settle semua, umi dan abah bersembang
kalau kita naik Mercedes / BMW
adakah kita nak tumpangkan
org tua tu
jangan2 kita pun takkan berentikan kete
kami terdiam seketika
jadi bersyukurlah dengan rezeki yg Allah bagi 



Anak2 umi terus senyap 
bila uncle tu masuk
Adam tak berani bersuara walaupun dia tak tahan
dengan bau uncle tu, risau jugak umi 
takut dia terlepas cakap


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails