Thursday, February 24, 2011

Rindunya kat Abah

setelah lama bercuti
tiba2 kena panggil outstation pulak
alaa tak bestnyer
anak2 pun dah tak bagi 
dah la pegi hari ahad
flight pagi plak tu 
kalini abah pegi Vietnam
umi lega sikit, sebab umi bleh call abah
bil tepon tak yah cakapla...
nanti umi claim ngan abah balik

masa nak check in

ok, abah dah nak pegi
syg anak2 abah

pastu umi bawa bekfest kt McD



.

sejak abah takde ni
umi susah hati sikit
pagi2 je Alif buat perangai 
takmo pi sekolah
alasan nak abah hantar
nasib baik umi bleh call abah
lepas abah pujuk br ok
pastu hari kedua plak 
bangun je terus nangis
sebab tak siap homework
umi rasa, umi dah check buku Alif malam tadi
takde, cuma kena hafal 
no. 1 - 10 je
yg tu Alif dah tau, 
malamtu dah berkali2 Alif baca Poster dalam bilik Alif
rupanya dia takmo camtu
cikgu kata " nak umi ajar alif baca yg dlm buku sekolah tu"
adoi, pening pale umi
dah pujuk2, dalam kete kt depan sekolah
umi terpaksa buka buku tu
ajar Alif baca kejap
baru ok
.
.
.
pastu semalam 
Alif tak de kelas ngaji
dia pun mula la request macam2
sebab cuti ngaji kan
ok la, umi bawa makan kat Domino Pizza
tu je yg dekat ngan rumah kita
jauh2 umi tak larat





nasib baik licin anak2 umi makan
berbaloi umi bawa makan
pastu nak gi carrefour
beli sandal Alif yg dah putus

Wednesday, February 23, 2011

secebis kisah yg menginsafkan kami

ketika kami pulang dari kenduri
kawan abah kat Taman Tenaga Puchong
kami terserempak 
dgn sorang uncle tua ni jalan kaki
menahan kete kami
utk bertanya di mana masjid
memandangkan hari dah hujan
umi suruh abah tumpangkan uncle ni ke masjid
tapi abah pun tak tau masjid kat taman tu
sambil pusing cari masjid
abah tanya uncle tu, nak buat apa pegi masjid?
uncle tu ceritala
dia dr sg buloh, dtg situ nak cari keje sbg guard
tp tak dapat dgn alasan dia dah tua & berpenyakit
anak & isteri dia meninggal dunia sebab cancer
skrgni dia sebatang kara
mencari keje sana sini
uncle ni muallaf
dah tak dapat keje, uncle nak ke masjid
nak minta tolong kot2 ada
bantuan keje utk uncle
dah sampai masjid situ
abah tengok masjid tu kosong
waktu zuhur pun lambat lagi
jadi abah cadangkan ke masjid subang jaya
abah nak bawa uncle pegi makan
tapi uncle tak mau, dia kata dia dah b'fast dgn roti canai 
sampai masjid subang jaya time tu azan zuhur terus solat sekali la
dah siap solat, abah ada la jumpa
seseorang kat masjid
tanyala org tu, ada ke apa2 bantuan dr segi keje
utk bantu muallaf ni, bukan bantuan kewangan
boleh org tu cakap, "kat sini ramai org camtu datang, byk yg menipu"
Masyaallah, bolehkan seseorang yg alim lg bijakpandai cakap macamtu
sedihnya kami dengar, klu macamtu

dr jauh umi nampak ada beberapa hamba Allah yg prihatin
menghulurkan bantuan kat uncle tadi, syukur Alhamdulillah
kami pun tinggalkan uncle tadi di masjid tu
abah ada tinggalkan sedikit bantuan dan no hp 
kami berharap semoga Allah permudahkan kehidupan
hamba Allah ini, semoga dia lebih cekal
dan kuatkan imannya


Alif amik gamba uncle tu dr dalam kete
dah settle semua, umi dan abah bersembang
kalau kita naik Mercedes / BMW
adakah kita nak tumpangkan
org tua tu
jangan2 kita pun takkan berentikan kete
kami terdiam seketika
jadi bersyukurlah dengan rezeki yg Allah bagi 



Anak2 umi terus senyap 
bila uncle tu masuk
Adam tak berani bersuara walaupun dia tak tahan
dengan bau uncle tu, risau jugak umi 
takut dia terlepas cakap


Thursday, February 10, 2011

Laksa Johor & Alif buat homework

semalam kat ofis satu hari umi tak makan
semua tak leh masuk
balik keje amik Alif
tunggu abah balik
terus kuar gi Sunway Pyramid
dah seminggu umi dok peram
nak makan laksa johor
padahal dah makan 2 minggu lepas

umi dah pening dok cari kat mana ada laksa johor
nasib baik kat sini ada





Adam suka amik gamba jelir lidah
dah amik sibuk nak tengok

Alif pun terpengaruh ngan adik

Alif amik gambo umi



abah dah kenyang 
jadi abah suap anak2 makan laksa singapore



umi punya laksa johor
siap mintak extra spagetti

pastu main2 kejap

ok dah siap main
balik pulak 
abg Alif ada homework




gigih abah ngaja alif




dah siap tulis
mewarna la pulak
letih umi tunggu
nak siap satu-satu
umi suruh buat kat sekolah takmo
nak siapkan juga


Alif sangatla teliti mewarna
tak bleh comot sikit
mesti dia susah hati
umi kecik2 dulu takde seelok ni
pagi ni gi sekolah
tengok kawan2 tengah buat homework
Alif dah siap
rilek je
antara semua Alif sorang je yg color
cantik

Tuesday, February 8, 2011

Alif dan Adam

Alif dah hilang semangat nak gi sekolah
sejak dia jatuh haritu 
dia dah trauma
utk pulih semangat ke sekolah
abah belikan beg sekolah baru kat Alif
dan meja study baru


set table study ni tinggal 1 je stok
nak tak nak abah amik yg display 1 lg utk Adam
walaupun Adam takmo
tapi abah amik juga utk Adam
Adam pilih yg biasa je
umi & abah tak sampai hati pulak 
kadang2 dia ni tak kisah
apapun umi & abah bagi dia amik je
tak mcm Alif 
mesti nak ikut taste dia 

balik rumah terus rasmi

Alif dah pandai colouring

dia ni teliti sikit
buat keje nak kena teliti
setakat ni Alif dah hafal huruf jawi Alif-Ya, ABC, Nombor 123 dan
juga dalam bahasa arab
Alhamdulillah
dia dah pandai baca beberapa doa
doa makan, doa belajar, doa tido
dan ada lg umi tak ingat dah
beberapa perkataan dalam bahasa arab

adik pandai conteng je
Adam pun dah mula suka baca Alif Ba Ta, ABC, Nombor 123
abang yg ajarkan



rocky chair utk Alif
Adam takmo, dia gayat
abah beli masa balik dr sepang gold coast haritu

Sepang Gold Coast Pulak

balik dari Pavillion Residence
kami ke Sepang Gold Coast pulak
orang punya la ramai kat sana
macam tak best plak
kami sampai dah lewat malam
nasib baik adik dah book steamboat dinner utk kami
lepas makan round kejap pastu balik bilik terus tido
esoknya bangun b'fast
terus gi beach
Alif & Adam naik kuda
pastu main pasir
balik Sepang Gold Coast 
and lunch dulu sebelum balik
umi rasa penat sangat haritu
tp sonok

 umi masa on da way to Sepang



 Adam suka sgt sup ginseng
4 mangkuk skali hirup

 bermanja dgn ayahsu






Adam 1st time naik kuda

Alif pun, mula2 takmo 
pastu nak pulak


main pasir






 umi and abah

 Adam memang hantu aiskrim
makanan dalam ni memangla mahal
1 scoop aiskrim RM10
aiskrim biasa je

Alif juga
2 scoop sorang dah RM40
kadang2 umi rasa kedekut pulak

 amik fries, tapi anak2 umi makan sikit je, bazir je kan

 ais kacang ni umi punya
tapi tawarla pulak


mee mamak abah punya
sedap, umi suka

 kari ayam umi punya
sedap juga, tp abah kata pahit sikit

 nasi ayam ayah su

and last
sekadar meraikan yg umi sudah tua

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails