Sunday, November 29, 2009

Aidiladha

Tahun ni kami tak balik kg... beraya kat sini jer... alhamdulillah, seronok gak beraya kat sini walaupun tak semeriah kat kg... klu kat kg, keje i mengunyah jer... nak makan cakap jer, ada orang tolong buatkan... klu kat sini, sendiri mau ingatler :(


So, untuk juadah raya kenala buat sendiri... i ni tak pernah buat rendang, nasib skrg ni ada hp bleh caling2 mak mentua i ni... klu takde penghubung ni, mati kutu la i ni... dari beli barang sampai memasak asyik cal je... tak senang duduk mak mentua i ni... tu la time dia dok masak tak nak pulak belajo... amik ko, padan muka....





Gambo raya takdo... gambo masak2 jer ye..





~Juadah pagi raya~

~Rendang resepi mak mentua i~


~Nasi ala-ala beriani gitu~


~Pulut kuning~

~Pengat Durian, ada ke org buat time raya~

**feberet alif ni, saje je buat sebab dah lama dia dok minta, pantang tengok gerai durian pastu mula la ayat bodek "umi, alif batuk kan takleh makan durian, nanti tak batuk br bleh makan durian"


Dah nama nya raya haji, menunya mestila daging


~Sup tulang, bukan i buat, hubby bawa balik dari masjid~
~Daging goreng kunyit, yg ni i buat ler~

~Daging rebus air asam, yg ni feberet i, makan nasi bertambah2~


Ada la beberapa gambo suasana korban, timeni korban kat taman ni, depan rumah jer, anak i dok ulang alik je tengok lembu


tengokla anak2 i ni, kusyuk betul tengok abah dorang potong kaki lembu
Dan semestinya my kiddos, alif and adam

Wednesday, November 25, 2009

CAMERA

WHICH ONE U NAK???
-
-
-
EOS 5D Mark II
A legend reborn
Recommended Retail Price: RM 9,688.00
**klu yang ni memang ler tak mampu lg... klu ada duit pun mungkin i tak beli lg lor... Mahai tak ingat...
tak pandai guna pun...
-
-
-
-
Powershot SX1 IS
Superzoom camera with CMOS & full HD
Recommended Retail Price: RM 2,268.00
**kalau yang ni ok kot... tapi pandai ke i guna yang ni... kat rumah pun ada satu tersadai, my B.I.L punya, memang tak tau guna pun...
-
-
-
-
-
Digital IXUS 990 IS
Most powerful zoom in face ixus series
Recommended Retail Price: RM 1,439.00
**simple and senang bawa... just keep in the handbag... function pun tak banyak...
kira ok ler utk i yg blur blur ni...


banyak pilihan just click http://www.canon.com.my/

Tuesday, November 24, 2009

What A House!!!!

Can u guess who owned this house??????















Doktor Fadhilah Kamsah Menulis:

Assalammualaikum......
Masa saya kecik-kecik dulu, mak selalu sangat suruh saya habiskan belen-belen( sisa-sisa) nasik yang dia makan dan pagi-pagi sebelum pergi sekolah, mak akan tuangkan air teh untuk saya minum itu dan macam biasa, mesti ada sikit belen tapi taklah everytime secara puratanya seminggu sekali mesti ada mak suruh buat macam itu.
Dan sampailah saya dah besar panjang nie pun situasi ni still berjalan either belen makanan mak atau abah tapi kalau belen makanan anak-anak memang jadi satu kepantangan bagi mak atau abah untuk habiskan...
kami kena habiskan sendiri atau akan dihabiskan oleh adik beradik yang lain... samada kami perasan atau tidak ....so satu hari itu tergerak nak tanya pasal isu ini kat mak ...
Akhirnya mak dedahkan bahawa memang purposely dia buat macam itu sebab itu petua yang dia dapat dari arwah mak mentua dia sendiri... arwah tok perempuan kami lah sebelah abah... mak kata, supaya hati anak-anak sentiasa melekat kat mak bapak dan saya sendiri akui kesannya..... makin umur kita meningkat, hati kita senantiasa belas tengok mak bapak kita yang makin tua itu..
Kalau kena marah ke kena tengking ke memang kami adik beradik diam membisujer lah namanya nak menjawab balik memang tak dak walaupun kita tahu yang kita betul dan mak pesan, dah ada anak sendiri esok ... jangan sekali-kali makan lebihan makanan anak... samalah ceritanya dan mak kata jugak, pagi-pagi jumaat masa dia bancuh air untuk kami semua, dia akan selawat 3 x dan berdoa semoga kami selamat pergi dan selamat balik dan guru saya pesan, antara kesan terbesar bagi ibu bapa yang tidak menunaikan solat maghrib ialah, mereka- mereka ini akan Allah cabut rasa hormat anak terhadap mereka... solat berjemaahlah dengan anak-anak tiap kali waktu maghrib... kalau ada lebih dari sorang anak, suruh sorang azan dan sorang Qiam... kemudian berganti-ganti bacakan doa lepas solat... ini yang kami sekeluarga amalkan sampai sekarang...
Saya personally memang cukup malu kalau tak sempat solat jamaah maghrib dengan mak abah secara praktiknya, inilah yang paling paling paling berkesan sekali.... tak caya try buat... solat jamaah dengan anak-anak tiap kali maghrib.... dapat semua waktu lagi baik... sangat besar 'rahsia' dan peranan dapur rupa-rupanya dan jugak kesan solat jamaah walau hanya bagi waktu maghrib.
"Apabila kita kejar dunia, dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita". Just to ambil iktibar untuk mendidik diri & family. Usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya, terlalu! So,it's good if we can remind each other because in Rasulullah's last sermon, baginda pun did mention that all those who listen to him (on shall pass on his words to others, and those to others again; and may the last ones understand his words better than those who listen to him directly... Yang baik datang dari Allah & yang kurang itu is from my weaknesses. Do impart this knowledge; you'll lose nothing.
Wallahu A'lam... Terima Kasih,

Thursday, November 19, 2009

My boys lagi

Cerita 2 hari lepas, skrgni kan petang je asyik hujan je, blk keje confirmla jem kan... dgn malasnya drive blk rmh... masa on da way blk saje je call hubby tanya nak amik dia tak, then dia ckp ok... tak cakap pun kat my boys nak amik abah dorang ni... masa sampai corner kat tractors malaysia, i drive terus je, takde corner, apalagi menjeritla diorang "Yei, amik abah" hmmm seronok sgt ke... sementara dok tunggu hubby dtg, i gatal tgn dok snap gambo ngan my boys ni...

my alif and my adam






kena paksa senyum


skrgni dah tak ngelat dah amik gambo...

Me and my boys

Cerita last saturday punya, masih keja sampai pukul 1, lepastu dah plan ngan geng ofis nak makan kenny rogers... dah abis keje, cepat2 amik my boys kat rumah baby sitter then terus pegi amcorp mall pj... time ni waktu tido my kids, so dah start hiper skit... nasib baik blh control lg... tp sebelum balik mesti kena grab apa2 la utk diorang, klu tidak mengamok la... diorang klu dah ngantuk macamni la jadinya... masuk je kete, terus zzzzzz... alif je yg tido, adam tak tido pun, dok layan mainan yg baru beli, disney car "meter" and "mcqueen"...

Dah habis makan baru nak amik gambo


Me and adam

Alif yang comot makan eskrim

Friday, November 13, 2009

Mudahnya Isteri Mendapat Pahala

Untuk mendapatkan keberkatan dan keredhaan Allah subhanallah Taala
untuk muslimah adalah terletak pada tanggungjawab/peranan isteri
terhadap suami.
Antara tanggungjawab yang wajib untuk isteri mendapat
lebih pahala adalah:-

1. Memberi/membuat segelas air untuk suami:>
Fadhilat : mendapat pahala puasa sunat 1 tahun

2. Menyedia/memasak makanan yang mengenyangkan suami:>
Fadhilat : mendapat pahala haji dan umrah

3. Perkhidmatan yang diberi pada suami:>
Fadhilat : mendapat pahala yang tidak putus-putus

4. Menghamilkan benih suami:>
Fadhilat : mendapat pahala syahid

5. Isteri mandi Junub dengan suami:>
Fadhilat : pahalanya seperti sedekah 1000 ekor kambing pada fakir miskin

6. Suami meninggal dunia dahulu dari isteri dan meninggalkan anak :
Fadhilat : isteri mendidik anak itu menjadi seorang yg soleh/orang
yang berguna dengan didikan agama yang sempurna. maka suami tetap
mendapat pahala dan menjadi benteng dari api neraka. dan sekiranya
isteri berkahwin lain suami yg meninggal itu tetap dapat pahala
sekiranya didikan Isteri pada anak-anak berterusan dengan baik.

7. Isteri yang memandang suami dengan harmoni dan menyukakan :
Fadhilat : seolah-olah berzikir kpd Allah

8. Sekiranya seorang isteri meninggal dunia dengan keredhaan suaminya
terus masuk syurga.

Thursday, November 12, 2009

Rahsia Pemakanan Genius Islam

Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia keajaiban
daya intelek mereka. Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab
tradisional dalam bahasa Arab. Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan
umat Islam sendiri. Namun akhir-akhir ini ada usaha-usaha untuk
mengetengahkan
kembali kepada umum. Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan
Islam
dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji keabsahan formula ini. Ini
didorong
oleh penemuan - penemuan saintifik yang membuktikan kebenarannya, khususnya
terhadap
susu, madu dan telur. Berikut adalah formula pemakanan genius - genius
Islam yang
telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan :

1) MADU
Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya
sebagai "shifa'" iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar "Raja
Ubat",dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk
kesihatan
keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein,
antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental
individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti
kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium
kalium,kuprum,
silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan
fizikal-mental. Rasullullah s.a.w bersabda, "Siapa ingin hafal, hendaklah
ia
minum manisan madu". Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit -
penyakit
mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti
berfikir,
membaca, merancang dan bermesyuarat.

CARA MINUM : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.
PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat
merbahaya!!!


2) KISMIS
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi
memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak.
Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa,
lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.

CARA MAKAN :
i)Menghadap Kiblat
ii)Baca "Bismillah" dan selawat ke atas nabi (3 kali)
iii)Baca doa penerang hati
iv)Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika
dikunyah
seperti makan kacang.
v)Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.

3) SUSU SEGAR
Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan
tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu
keju,
lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu
adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam
kelas
makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein,
semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati
kesihatan
umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Rasullullah s.a.w
menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki
penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk
ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Susu
hidup lebih berkhasiat dari susu debu.

CARA MINUM :
i)Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam
ii)Baca "Bismillah" dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh
Rasullullah
s.a.w

4) TELUR
Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan
keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang
lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium,
kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi,
air,
choline dan bahan ekstraktif. Sabda Nabi s.a.w, "Sesungguhnya seorang nabi
a.s mengadu kepada Allah (kerana dia)lemah badan. Maka Allah s.w.t
memerintahkannya supaya memakan telur". Telur terutama telur kuning,
berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus.
Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

5) HALIA
Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau
dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan manis - manisan dengan
merebus dan mencampurkannya dengan gula.

CARA MAKAN : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.

6) LIMAU OREN
Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan
fikiran
menurut hadis Nabi s.a.w. Limau - limau jenis lain juga elok untuk
diamalkan.

7) BUAH DELIMA
Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, "Barangsiapa yang memakan buah
delima
keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari."

8) DAGING BURUNG MERPATI
Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia
mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif
untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak - kanak. Kaedah ini sangat
popular dan berkesan. Kanak - kanak yang diberi telur burung merpati
didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.

9) OTAK AYAM
Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga boleh
dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya.

10) DAGING AYAM
Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat
pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya
berkhasiat
meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a meriawayatkan
bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.

11) DAGING BIRI-BIRI
Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat
meningkatkan kekuatan hafazan.

12) HATI
Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan
bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.

13) KEKACANG
Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan
lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan
kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Memakan kacang pistachio merupakan
amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa Melayu yang tinggal di
Melaka. Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.

14) BUAH BADAM
Untuk meningkatkan kecerdasan.

15) ZA'FARAN : KOMKOMA (CROCOS SATIVUS)
Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di kedai-kedai
runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu.

16) KEMENYAN PUTIH (kemenyan serani/luban/kundar)
Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.

17) BUNGA KOBIS
Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.

18) BUNGA CENGKEH
Ditumbuk sehingga halus lalu dimakan sedikit sahaja.

19) LABU
Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi s.a.w.,
"Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal". Baginda juga berkata, "Jika
kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya
kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal.

20) BUAH KEDEKAI (MAJALAWI)
Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.

21) MINYAK SAPI
Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil.

22) SAYUR-SAYURAN DAN BAUH-BUAHAN SEGAR
Juga membantu meningkatkan akal dan memori

Family Dinner at Kenny Rogers

Last friday punya cerita... mls nak story lets foto storyla...

Alif n Abah

Umi n Adam

us again


Drinks Manggo n Orange Juice

Spaggeti for alif

Quarter Meal for abah

Quarter Meal for me

Alif takmo spaggeti pulak, then tukar ngan abah

Adam feeding his chicken soup

b4 balik kena grab mainan dulu, set dinosour 1 for alif

1 for adam, mesti sama klu tidak berebut pulak...


ok dah habis, kedai sumer dah tutup, boleh balik rumah, alif n adam dah tak sabar nak main set dinosour diorang ni...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails