Friday, August 22, 2014

Makan Makan Raya

Ramadhan sudah meninggalkan kita
Syawal pun hampir meninggalkan kita
Kalau dipanjangkan umur dapat bertemu ramadhan lagi
dalam kita gembira menyambut lebaran
ingat lah mereka yang berduka MH17 & MH370
seluruh dunia menangis mengenangkan dugaan ini
berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul
tabahlah wahai isteri, suami, ibu, ayah, anak2 yg kehilangan insan tersayang
selagi kita bernyawa hargai lah mereka disekeliling kita

umi terlalu emo mengenangkan nasib mereka
Ya Allah beratnya ujian mereka

sempena syawal kalini
Allah berikan kesihatan yg baik untuk umi 
meraikan saudara dan sahabat
Alhamdulillah
sedikit juadah ketika kunjungan jiran lama 
yang dah berpindah ke ipoh
Alhamdulillah dapat meraikan mereka harap mereka berpuas hati

ketika menunggu tetamu
si kakak yang tak sabar makan dulu

Alhamdulillah dapat kita bertemu lagi 
harap tahun depan dapat jumpa lagi

jiran juga, Anizah 
walaupun berjiran masing2 sibuk
time ni dapatla berjumpa
tengok2 perut pun dah besar
Alhamdulillah dapat twin katanya
syukur rezeki Allah
lama menunggu tu

Jiran juga Khairiah merangkap ustazah adam 
untuk sesi mengaji malam
.
.
.
.
.
.
.
.
.
minggu seterusnya
umi buat banyak sikit meraikan saudara, sahabat dan rakan taulan..
Alhamdulillah

nasi tomato ayam kurma umi tempah
asam laksa & kuah kacang nasi impit umi masak

roti jala pun tempah

tetamu pertama

thanks aunty izzah datang membantu

sahabat lama zaman sekolah lagi

sahabat baik encik suami
dah lama juga tak bertemu

Aunty Yat thanks datang

Isteri Shahrul kawan sekolah suami dulu

anak2 nya yang ceria & comel

jiran setaman

ada bbq petang tu
tetamu yang bawa
terima kasih

sampai ke malam
tetamu last
kawan baik zaman sekolah umi dulu
seronok dapat bersembang
Alhamdulillah
terima kasih semua

Alif turn 8 (18.08), Afeefah turn 3 (18.07)

 Isnin 18.08.2014 genap 8 tahun anak umi ni
18.07.2014 afeefah dah masuk 3 tahun
masa tu bulan puasa kami kt kampung
plan nak buat kt kampung tapi
kalut dok ngemas rumah tokma
abah pun kalut buat wiring

petangtu umi sempat beli kek je
hadiah belum lagi yer,
nak jersi germany umi tak jumpa lg 

afeefah memang takut api
bila suruh tiup dia jerit taknak
abang tolong tiup

si kecik yang sibuk
tunggu yer bln oktober nanti
geng dgn abg adam same month

kok coklat je yang dorang makan
kalau beli kek lain mesti tak habis makan
ni pun ada lagi balance simpan peti ais


untuk abang alif & afeefah
umi doakan jadi anak2 yang baik akhlak
dunia dan akhirat

Thursday, August 21, 2014

First time Abang Alif tak balik weekend

Harini abang Alif bertolak ke PD lepas solat jumaat
bersama pelajar lain dan tenaga pengajar
menerima jemputan 
dan bermalam di sana
pagini awal subuh abah ke asrama hantar beg baju umi dah packing siap
untuk bawa sama
siap masukkan ubat gigi & berus gigi 
ye la, anak kecik lagi kan
biasa kalau nak ke mana2 pun umi yg buatkan
ni pula bila dok asrama
mana la tau nak bawa apa

ni gambar masa majlis buka puasa
sekolah tahfiz abang alif
umi jarang lihat abg berserban dan berjubah lengkap
biasanya abah hantar sebelum subuh dah keluar rumah
lepas sampai sekolah baru pakai jubah 
serban pun ustaz yg pakaikan kt sekolah
umi & abah tak mahir lagi lilit serban

muka dah lain bila umi & abah cakap nak balik
tapi confirm abah bawa balik skali

ni bekal & bakul baju bawa pegi asrama 
pagi selasa haritu
umi tak masukkan dlm beg, sebab nanti abah akan susun dalam loker
bakul tu utk baju kotor
abah akan bawa balik setiap kali ambil abang alif balik
walaupun sekolah ada dobi tp biarlah umi 
cuci baju abang alif
sekurang2nya umi boleh tau abang tukar baju atau tidak
air kotak tu ada yg dia minum, kadang2 dia bagi kawan,
kadang2 dia jual kat kawan, dapat duit beli makanan kat sekolah
biasanya dorang ni jenis makan share...

Abah hantar pegi asrama pagi selasa
sebab isnin malam tu nak sambut birthday yg ke-8.

Wednesday, August 20, 2014

Aidilfitri 2014

Alhamdulillah masih panjang umur dan diberikan kesihatan yang baik..
Tahun ni beraya dikedah tak balik kelantan, memandangkn bulan ramadhan sudah balik dan bulan 9 ni nak balik lg, ayahngah kawin... 

Before balik singgah Subang Parade dulu umi nak shopping raya
skali tershopping HP baru dlm hati beli utk diri sendiri
reward utk diri sendiri 
tapi abah yang bayar so kira hadiah raya la yer laling..

Bertolak balik kedah lepas solat Jumaat
smpi baling 9.00 malam

test hp baru umi...


hehe.. org sebelah tension je driving...


ni esok nya bawa maktok shopping barang dapur


cucu2 bertempiaran



pasang pelita siang hari

Family foto


Ni lah family belah abah, cuma 2 beradik je

depan rumah maktok


tepi rumah maktok pulak




sebelum blk puchong kami p kenduri dulu

k dah nak balik puchong dah
kejap je beraya rasanya..












LinkWithin

Related Posts with Thumbnails