FirDauS FaMiLy

FirDauS FaMiLy

Sunday, November 29, 2009

Aidiladha

Tahun ni kami tak balik kg... beraya kat sini jer... alhamdulillah, seronok gak beraya kat sini walaupun tak semeriah kat kg... klu kat kg, keje i mengunyah jer... nak makan cakap jer, ada orang tolong buatkan... klu kat sini, sendiri mau ingatler :(


So, untuk juadah raya kenala buat sendiri... i ni tak pernah buat rendang, nasib skrg ni ada hp bleh caling2 mak mentua i ni... klu takde penghubung ni, mati kutu la i ni... dari beli barang sampai memasak asyik cal je... tak senang duduk mak mentua i ni... tu la time dia dok masak tak nak pulak belajo... amik ko, padan muka....





Gambo raya takdo... gambo masak2 jer ye..





~Juadah pagi raya~

~Rendang resepi mak mentua i~


~Nasi ala-ala beriani gitu~


~Pulut kuning~

~Pengat Durian, ada ke org buat time raya~

**feberet alif ni, saje je buat sebab dah lama dia dok minta, pantang tengok gerai durian pastu mula la ayat bodek "umi, alif batuk kan takleh makan durian, nanti tak batuk br bleh makan durian"


Dah nama nya raya haji, menunya mestila daging


~Sup tulang, bukan i buat, hubby bawa balik dari masjid~
~Daging goreng kunyit, yg ni i buat ler~

~Daging rebus air asam, yg ni feberet i, makan nasi bertambah2~


Ada la beberapa gambo suasana korban, timeni korban kat taman ni, depan rumah jer, anak i dok ulang alik je tengok lembu


tengokla anak2 i ni, kusyuk betul tengok abah dorang potong kaki lembu
Dan semestinya my kiddos, alif and adam

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails