FirDauS FaMiLy

FirDauS FaMiLy

Thursday, August 21, 2014

First time Abang Alif tak balik weekend

Harini abang Alif bertolak ke PD lepas solat jumaat
bersama pelajar lain dan tenaga pengajar
menerima jemputan 
dan bermalam di sana
pagini awal subuh abah ke asrama hantar beg baju umi dah packing siap
untuk bawa sama
siap masukkan ubat gigi & berus gigi 
ye la, anak kecik lagi kan
biasa kalau nak ke mana2 pun umi yg buatkan
ni pula bila dok asrama
mana la tau nak bawa apa

ni gambar masa majlis buka puasa
sekolah tahfiz abang alif
umi jarang lihat abg berserban dan berjubah lengkap
biasanya abah hantar sebelum subuh dah keluar rumah
lepas sampai sekolah baru pakai jubah 
serban pun ustaz yg pakaikan kt sekolah
umi & abah tak mahir lagi lilit serban

muka dah lain bila umi & abah cakap nak balik
tapi confirm abah bawa balik skali

ni bekal & bakul baju bawa pegi asrama 
pagi selasa haritu
umi tak masukkan dlm beg, sebab nanti abah akan susun dalam loker
bakul tu utk baju kotor
abah akan bawa balik setiap kali ambil abang alif balik
walaupun sekolah ada dobi tp biarlah umi 
cuci baju abang alif
sekurang2nya umi boleh tau abang tukar baju atau tidak
air kotak tu ada yg dia minum, kadang2 dia bagi kawan,
kadang2 dia jual kat kawan, dapat duit beli makanan kat sekolah
biasanya dorang ni jenis makan share...

Abah hantar pegi asrama pagi selasa
sebab isnin malam tu nak sambut birthday yg ke-8.




No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails