Tuesday, June 17, 2014

Ringkasan Kuliah Bulanan Masjid Bukit Antarabangsa

Ringkasan Kuliah Bulanan Masjid Bukit Antarabangsa yang disampaikan oleh Al Habibuna Ali Zaenal Abidin Al Hamid, 18 Mei 2014.

Ad-Dajjal akan dibunuh oleh Nabi Isa Alaihissalam dgn menggunakan tombak yg dicucuk tepat mengenai dadanya dihadapan Baitul Maqdis.
Setelah tiga tahun Ad-Dajjal dibunuh, akan keluar pula Yakjuj dan Makjuj.
Bilangan Yakjuj dan Makjuj ini sangat banyak kerana dikatakan 1 Yakjuj dan Makjuj boleh melahirkan sehingga 1000 Yakjuj dan Makjuj yg lain.
Yakjuj dan Makjuj akan memakan segala tumbuh-tumbuhan dan haiwan-haiwan ternakan yang terdapat atas muka bumi ini.

Kelebihan yg Allah berikan kepada Yakjuj dan Makjuj ini adalah mereka tidak dapat dibunuh dgn apa cara sekali pun melainkan dgn izin dari Allah.
Penyakit kulat yg Allah turunkan kepada Yakjuj dan Makjuj atas asbab doa dari Nabi Isa Alaihissalam itulah yang akan membunuh mereka, betapa banyaknya bilangan bangkai Yakjuj dan Makjuj yg bergelimpangan di atas muka bumi ini sehingga tidak menampakkan tanah dan bau busuk yang bertebaran atas muka bumi ini serta semua binatang yg memakan bangkai menjadi gemuk-gemuk belaka.

Setelah Nabi Isa Alaihissalam berdoa kpd Allah, diturunkan hujan sehingga banjir dan banjir tersebut membawa kesemua bangkai-bangkai Yakjuj dan Makjuj ke lautan, barulah bumi ini pada ketika itu menjadi bersih dan tumbuh-tumbuhan tumbuh dgn suburnya serta bumi ini menjadi sangat indah.
Di katakan pada ketika itu segala buah-buahan yg tumbuh menjadi sangat luar biasa sehingga dikatakan juga 1 buah delima tumbuh dgn besarnya sebesar kubah masjid dan isinya boleh dimakan sekian ramainya org pd ketika itu.

Satu tangkai anggur dikatakan juga boleh dimakan sehingga kenyang.
Setelah bumi ini dipenuhi dgn keindahan tumbuh-tumbuhan, Allah mencabut segala perasaan hasad dengki dan iri hati terhadap sesama manusia. Satu sifat kemesraan antara makhluk dgn makhluk. Sehinggakan pada waktu itu dikatakan singa boleh berjalan dgn lembu, harimau boleh berjalan dgn unta, serigala boleh berjalan dgn kambing. Bahkan dikatakan di dalam hadith, anak-anak kecil boleh bermain dgn ular dan tangan kanak-kanak tersebut boleh masukkan ke dalam mulut ular.

Ketika kemesraan antara manusia sesama manusia, haiwan sesama haiwan sehingga tiada pembunuhan yg berlaku, barulah Nabi Isa Alaihissalam meninggal dunia kemudian Allah menghantarkan angin lembut utk menarik nyawa setiap orang-orang yg beriman.

Sebelum ditarik nyawa orang-orang yg beriman, tiada lagi manusia yg sibuk mengejar dunia. Pada waktu itu kita tidak akan dapat menjumpai org yang ingin menerima sedekah kerana tiada lagi sifat rakus terhadap dunia.

Seperti sabda Rasulullah Sollallahu Alaihi Wasallam yang bermaksud:
"Bersedekahlah kamu sebelum tiba satu zaman yang manusia tidak mahu menerima sedekah."

Setelah kesemua orang-orang beriman meninggal dunia, Allah akan mengangkat al-Qur'an sehingga tiada satu org pun yg akan menyebut dan melafazkan nama Allah, dan barulah akan terbitnya matahari disebelah barat, dan kiamat pun akan berlaku pada ketika itu.

"Moga-moga Allah menyelamatkan kita dan juga keturunan kita dari termasuk dalam golongan fitnah Ad-Dajjal serta fitnah Yakjuj dan Makjuj juga tidak tergolong dalam golongan orang-orang akhir zaman yg pada ketika itu hidup tidak ada lagi yg menyebut dan melafazkan nama Allah Subhannahu wa Ta'ala, insyaAllah. Aameen Allahumma Aameen."

-Mohon maaf jika ada kekurangan dalam ringkasan yg dicoretkan ini, segala kekurangan adalah datangnya dari saya sendiri, dan segala kebaikan datangnya dari Allah Ta'ala-

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails