Showing posts with label others. Show all posts
Showing posts with label others. Show all posts

Thursday, February 24, 2011

Rindunya kat Abah

setelah lama bercuti
tiba2 kena panggil outstation pulak
alaa tak bestnyer
anak2 pun dah tak bagi 
dah la pegi hari ahad
flight pagi plak tu 
kalini abah pegi Vietnam
umi lega sikit, sebab umi bleh call abah
bil tepon tak yah cakapla...
nanti umi claim ngan abah balik

masa nak check in

ok, abah dah nak pegi
syg anak2 abah

pastu umi bawa bekfest kt McD



.

sejak abah takde ni
umi susah hati sikit
pagi2 je Alif buat perangai 
takmo pi sekolah
alasan nak abah hantar
nasib baik umi bleh call abah
lepas abah pujuk br ok
pastu hari kedua plak 
bangun je terus nangis
sebab tak siap homework
umi rasa, umi dah check buku Alif malam tadi
takde, cuma kena hafal 
no. 1 - 10 je
yg tu Alif dah tau, 
malamtu dah berkali2 Alif baca Poster dalam bilik Alif
rupanya dia takmo camtu
cikgu kata " nak umi ajar alif baca yg dlm buku sekolah tu"
adoi, pening pale umi
dah pujuk2, dalam kete kt depan sekolah
umi terpaksa buka buku tu
ajar Alif baca kejap
baru ok
.
.
.
pastu semalam 
Alif tak de kelas ngaji
dia pun mula la request macam2
sebab cuti ngaji kan
ok la, umi bawa makan kat Domino Pizza
tu je yg dekat ngan rumah kita
jauh2 umi tak larat





nasib baik licin anak2 umi makan
berbaloi umi bawa makan
pastu nak gi carrefour
beli sandal Alif yg dah putus

Thursday, April 1, 2010

ALFATIHAH

AL-FATIHAH
kepada (Mior Ahmad Fuad Bin Mior Badri)
Semoga roh Allahyarham dicucuri Allah S.W.T.
terasa begitu sunyi, setelah beliau tiada
tiada lagi tawa riang pagiku ke tempat keje
biasanya setiap pagi arwah dan paknil menjadi
peneman ku sepanjang perjalanan ke ofis
mendamaikan hatiku dikala meredah trafic jam
yg teruk...
sesungguh Allah lebih menyayanginya...
sama2 lah kita berdoa utk nya...





Wednesday, February 24, 2010

SaLaM MaULiDuL RaSuL

Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.




Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

Tuesday, February 23, 2010

Salam....

Salam...

Minggu ini saya sangat la sibuk bagi saya.... sebab sekarangni dlm proses mengangkut barang ke ofis baru, tp saya tidak angkut barang, saya tukang arah je... pastu order makanan utk dorang....
esok nak kena ke telekom lagi nak transfer streamyx line & phone line.... minggu depan dah mula keje kat ofis baru....


Ok habis cerita ofis, cerita pasal business pulak, ahad lepas saya menghadiri seminar SM & SSM,
memang berbaloi-baloi la bagi saya yg kurang semangat, bila dah hadir seminar ni, semangat datang balik and the schedule of appointment start full for this week, semalam dah start jumpa client & my business deal success about 1/2 hour only... seronok buat bisness ni, tak perlu bersusah payah buat kerja, income every month.....

Kepada sesapa yg berminat nak join this business sama2 jangan takut hubungi saya.... tak rugi join business ni, kawan bertambah ramai & dah macam family pun, yang paling penting income beribu-riban sebulan.... masyuk gitu....
wt business partner mai (congrats for 3rd pregnancy) dan yana



Mai present well on that day, congrats!!


-

-

duit utk dihabiskan or for keep



tak sah kalau takde citer pasal my 2 kiddos.... sekarang dah pandai tuntut janji... apapun saya suka melayan kerenah my 2 kiddos ni... sebagai upah ditinggalkan kenala bg apa yg dorang minta.... Chicky meal for my 2 kiddos...




Thursday, February 18, 2010

Happy Chinese New Year... Angpau Mau!!!

GONG XI FA CAI

SeLaMat TaHuN BaRu CiNa
KePaDa SeMuA KaUm CiNa
SeMoGa MuRaH ReZeKi & RiNGaN2 kan tAnGan
BaGi AngPaU :)

Ceria sungguh CNY tahun ni...
apa tidak nya...
Angpau tahun ni lebih ong dari tahun lepas
tahun ni isinya sumer biru...
klu tahun lepas ada gak bagi isi merah...
bab makan takyah cakap...
lepas rayani, nak kena fikir nak lunch or dinner
kat mana plak!!
our subcon & supplier dah
start tanya nak makan kat mana..
Alhamdulillah... murah rezeki...


Memandang skrg ni masih ramai lg bercuti
So, Angpau terkumpul setakat ni

-

-

Angpau Pertama, dari our top subcon aircond,
EAC diwakilkan olen Mr. Sim
toceh toceh toceh:)
-

-

-

-

-


Angpau ke2, juga dari our subcon plumbing
Mr. Ho...
toceh toceh toceh:)
-


-
-

-
-

Angpau ke3 dari our grill supplier, Leslie
toceh toceh toceh:)

-

-

Angpau ke4 ,
dr my boss Steven
yg tak disangka2
selama aku keje sini tak penah dia bagi angpau
agaknya tahun ni, murah hati nak angpau
sebab staff dia asyik bising mintak angpau kot...
apa pun terima kasih byk
sebab bg kami bonus & angpau
tahun depan bg banyak lg...
toceh toceh toceh:)
-

-
-
-

Angpau ke5, dr my second boss Mr. Lim,
selalunya isinya warna merah, tapi tahunni
isinya hmmm.... apapun terima kasih...
toceh toceh toceh :)

-

-

-

-
Angpau ke6, dr insurance agent for the company...
harini i panggil dia dtg ofis nak discuss
pasal insurance for a few project
maybe nak ambil hati client dia kot...
so dia bg la i angpau...
apapun terima kasih...
toceh toceh toceh:)
-
-
-
-
-
hamper from our supplier & subcon, lebih banyak
dari raya puasa...

-

dan semestinya limau... kalau takde limau tak meriahla
raya.... aku dah angkut 5 kotak,
2 kotak bg baby sitter alif & adam,
1 kotak bagi baby sitter adam yg lama
2 kotak angkut balik kampung
tu pun banyak lg balance, bagi kat cleaner,

-




Monday, December 21, 2009

kita bagai menumpang di bumi sendiri

Entry kali ni kira lepas geram...
Sebenarnya dah banyak hari berlalu... tapi asyik terlupa jer...
i ni dah lama tak naik bas, nak dijadikan citer, last saturday hubby cuti...
sebab Alif batuk teruk sangat malam tu, so hubby decide taknak gi keje
nak jaga anak...
i memangla tak bleh cuti on that day sebab ada tender closing...
Projek 9million tu, mau tak kelam kabut my boss..
segala price, unit rate, technical data sumer tu ada ngan i je...
tapi takpela, janji masuk keje, my boss ok jer...
So, i masuk keje pun dah pkl 11am...
Nasib baik company swasta...
Bleh la i kuar masuk ofis suka hati je...
Back to the story, dah abis keje dlm pkl 2 lebih, then call hubby
cakap anak2 tido la plak, tak sampai hati nak kejut dorang...
So, i decide balik naik bas... dah 4 tahun tak naik bas...
macam blur gak... so, my frens cakap bas pegi rumah i tu
Metro Bus No. 20...
Bila bas tu dah sampai, i pun naik la, bas ni ada konduktor org indon la...
mengikut cakap nya pun kita dah tau pun...
dia tanya nak turun mana, so i ckpla tmn putra perdana,
diani kerek gak, tanya lagi putra perdana tu besar, kat mana?
manalah i tau sedetail tu yg dia nak, so i cakapla dekat masjid...
then ok la amik tiket, bayar...
Masa dlm bas, i dengar bising2 gaduh...
tp i tak amik pot pun sebab dok leka baca magazine...
rupa2nya si konduktor ni dok bergaduh dengan sorang
warga mas... sebab apa tak pasti, mungkin warga mas bayar kurang kot...
Dengan berlagaknya dia halau warga mas tu turun bas...
memang kurang ajar siap tengking...
tp warge mas tu buat derk jeer... dia cakap depan sikit dia nak turun...
Sebelum dia turun tu dia cakap
"Saya orang malaysia, awak tu orang indon, menumpang jer kat sini,
jangan buat macam tempat sendiri"
Memang patut pun dia cakap camtu...
si konduktor ni memang indon pun, tengok muka pun dah bleh agak...
i pun tak teragak2 menyimpan no hotline utk aduan, geram tau...
ikutkan hati time tu gak nak call...
tp fon habis bateri plak... geram sungguh...
Bila bas tu lalu depan taman rumah i, i tekan button then turun...
pastu konduktor tu cakap "kak, masjid kat depan lagi," pastu i jawabla
"rumah i kt depan tu jer" then turun dgn secepat mungkin...
memang tak sanggup naik bas lagi...
rasanya ni last la i naik bas...
mat-mat indon, minah2 indon je dalam bas ni...
orang kita tak la ramai sangat naik bas...
tapi tak sumer indon tu jahat, saya ada sorang kawan ustaz irfan namanya..
baik sangat, diala yang mengajar kami mengaji Quran di bulan ramadhan..
sanggup datang rumah selepas terawih dgn motor kapcainya tu...

Wednesday, November 25, 2009

CAMERA

WHICH ONE U NAK???
-
-
-
EOS 5D Mark II
A legend reborn
Recommended Retail Price: RM 9,688.00
**klu yang ni memang ler tak mampu lg... klu ada duit pun mungkin i tak beli lg lor... Mahai tak ingat...
tak pandai guna pun...
-
-
-
-
Powershot SX1 IS
Superzoom camera with CMOS & full HD
Recommended Retail Price: RM 2,268.00
**kalau yang ni ok kot... tapi pandai ke i guna yang ni... kat rumah pun ada satu tersadai, my B.I.L punya, memang tak tau guna pun...
-
-
-
-
-
Digital IXUS 990 IS
Most powerful zoom in face ixus series
Recommended Retail Price: RM 1,439.00
**simple and senang bawa... just keep in the handbag... function pun tak banyak...
kira ok ler utk i yg blur blur ni...


banyak pilihan just click http://www.canon.com.my/

Tuesday, November 24, 2009

What A House!!!!

Can u guess who owned this house??????















LinkWithin

Related Posts with Thumbnails