Friday, June 27, 2014

Suka Duka Kami Mencari Cahaya Tahfiz untuk anak-anak

lama betui umi menyepi dari dunia bloggerni
nak update blog pun dah lupa camana
terkial2 jugak la...

Syukur Alhamdulillah
lama juga umi mengumpul kekuatan utk berkongsi di sini

Tahun ni adalah tahun begitu menguji umi dan abah
sesungguhnya Allah Maha Agung
dari musim cuti sekolah lagi hujung tahun lepas
kami masih tercari2 sekolah tahfiz untuk anak2 kami
tetapi umi masih tidak yakin dengan pilihan menghantar anak ke tahfiz
dengan alasan mereka masih kecil 
jika umi pilih tahfiz, tidak ada satu sekolahpun yg berhampiran dengan 
tempat tinggal kami
setelah banyak tempat kami pergi dan lihat
ada 3 sahaja pilihan kami

1) BEST (Bangi Elementary School of Tahfiz) 
umi dah suka dengan sekolah ni sebab prinsipnya berasaskan Al-Quran
 tapi sayangnya asrama takde
pening sekejap

2) Akademi Tahfiz Al-Fawwaz:
Ntah kenapa masa kami cari sekolahni tak jumpa, google pun tak jumpa no telefon
Mungkin ada hikmah disebaliknya

3) International Tahfiz...
~ Ada disediakan asrama, facility pun ok

Keputusan masih belum dibuat sehingga tiba hari pertama persekolahan
Awal pagi umi tanya abah, dorang ni nak sekolah ke tak ni..
Abah ajak umi pegi ke sekolah pilihan ke-3
umi ikut jer, skali terus daftar kat situ
so, umi redha je la anak2 dok asrama
walaupun sedih sangat
Pada masa ni, umi masih belum faham matlamat memilih tahfiz
walaupun tinggal asrama, boleh dikatakan 
setiap malam kami melawat mereka
bulan pertama umi excited
bulan ke2 umi dah mula curiga
balik rumah minta mainan macam2
kawan2 bawa mainan kt sana
bila time solat pun sama macam sebelumnya takde beza
abah kerap juga solat jemaah disitu
umi lagi hairan kenapa takde zikir atau wirid selepas solat
budak2ni tak diajar solat ke
tiap2 malam bila kami sampai
nampak budak2ni dok main je
dari situ umi dengan abah mula tersedar 
apa matlamat kami pada mulanya...
apa yang kami mahukan...
memang kami nak dia jadi hafiz
tapi bukan ini cara nya
masuk sekolah dah terus ke fasa hafazan
bacaan pun belum betul macamana nak hafaz
solat pun tak di ajar dengan betul
hanya bawa ilmu dari rumah
itupun kalau dah pandai
yang tak tau hanya sekadar lakonan je la...
Ya Allah terima kasih kerana sedarkan kami
Bulan ke3 Alif dan Adam dah mula complain
macam tak best je kat sini 
Ustaz dah la Pakistan, tak faham
pastu caranya keras
Alif nak ustaz Indonesia macam Habib
Alif nak belajar qasidah tapi takde
Adam pun sama, bulan pertama cikgu bgtau dia
masih belum dapat membaca dengan baik, kami minta cikgu bagi masa kat dia
kami dah tahu kelemahan dia, sebab itu kami pilih tempat ni
kami bayar mahal sekolah ni, bayangkan kos bulanan pun dah beribu ringgit tak termasuk kos semester
tapi cikgu pula nak kami usahakan
so, apa guna kami bayar sekolah mahal2 cikgu tak boleh usahakan
bulan ke2 perjumpaan cikgu pula bertukar skali lagi
kami nak explain pasal Adam
kalini kami dah tawar hati
sehinggala cuti sekolah bulan ke3
kami dah nekad cari sekolah lain
survey punya survey umi tertarik dengan sekolah ni
Akademi Tahfiz Al-Fawwaz di Seksyen 3, Bandar Baru Bangi
Di sebuah rumah Semi-D 3 tingkat, corner lot
tempatnya pun bersih dan teratur
cara pembelajaran pun memenuhi kehendak kami
Mudirnya Ustaz Wan Khairul, mudirnya berkelulusan Universiti Azhar Mesir

Di sini mereka di ajar wuduk dan solat secara lisan dan praktikal dan mesti menduduki ujian lisan, bertulis dan praktikal wuduk dan solat dulu. Setelah lulus, barulah dibenarkan mengikuti kelas-kelas diniah yang lain. Untuk mengikuti kelas hafalan pula, pelajar mesti lulus tajwid, makhraj dan kelancaran membaca tanpa kesilapan tajwid dengan kelancaran 2-3 minit 1 mukasurat. 
Setelah lulus, baru boleh mengikuti kelas hafalan. Inilah yang kami tercari-cari selama ini.
 Maknanya sebelum mula menghafal, mereka mesti lancar dan boleh membaca dengan betul. 


Fokus Al-Fawwaz adalah hafalan Quran, tetapi di selang seli juga dengan kelas-kelas diniah dan mata pelajaran akademik (core subjects ie maths, science, BM, BI)

Bagi kami biarlah mereka mencintai Al-Quran dari kecil
Bila hidup berpandukan Al-Quran
semua perkara menjadi mudah
andai kata mereka nak beralih arah pun takde masalah
sebab Al-Quran dah dihati mereka

Setelah berpuashati kami berjumpa Ustaz Wan dan Ustazah Nur Hidayah
menceritakan semuanya, dan mereka dibawa untuk mengambil ujian 
dan hanya Alif sahaja diterima, skali lagi kami di uji
bagaimana dengan Adam, kesian Adam, mana kami nak hantar
so, kami decide cari tution untuk pulihkan bacaan nya
merata tempat kami cari tak jumpa
hari terakhir cuti abah berhenti di trafik light dekat rumah kami
umi terbaca signboard kelas intensif membaca 'Johan Academy'
setelah berjumpa dengan Cikgu Zain, rupa2nya adam 
adalah disleksia iaitu mengalami kesukaran untuk membaca
Ya Allah, Syukur padaMu 
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui
Engkau uji kami supaya kami tidak lalai untuk memohon padaMu

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Kenangan Alif Adam di tahfiz lama
mereka dapat kawan2 yang baik baik semuanya
kadang2 umi rasa sedih pula nak tinggalkan kawan2 dorangni
pernah skali umi makan dengan dorangni
bila tanya nak makan semua taknak
bila makanan dah sampai berebut2 makan sampai licin
"abah tanya umi, sempat tak makan tadi"
rupa2nya abah dah kena




yang ni Imran namanya darjah lima, baik sangat dengan Alif
pelajar disini kebanyakan dari family yang berada
boleh dikatakan keluarga yg mewah

yang pula Yusuf 7 tahun sebaya Adam, anak yatim

yang ni Harris sebaya Alif 8 tahun juga anak yatim
bapanya dah meninggal 
Insyaallah tahun depan Harris mungkin bertukar ke Al-Fawwaz juga
macam2 cerita dah umi dengar dari mak Harris
kesian anak2 ini, kalau tak dibentuk dengan baik 
tak tahula apa yang akan jadi nanti
kita doakan lah yang terbaik untuk mereka
umi percaya dengan sorang ustaz disini
yang betul2 ikhlas memberi ilmu kepada mereka
dan ustaz ni juga baik dengan kami
dialah orang pertama menyokong keputusan kami 






kalau visit abang2, afeefah la seronok
dapat melepak kedai makan je


ni la anak2 kami setiap kali datang melawat






kenangan berkongsi makan


kenangan manis dengan kawan2




InsyaAllah panjang umur jumpa lagi mereka
.
.
.
.
.
.
Di sini bermula lah kehidupan baru Alif
Alhamdulillah dia boleh terima tempat baruni
walaupun pada awalnya susah juga dia nak terima
sekarangni dia lebih seronok di sini
Ya Allah kali pertama kami di sini kami dapat rasa kan perbezaannya
keperibadian pelajar di sini jauh sangat berbeza
terasa kerdilnya kami ya Allah









Alif ketika latihan silat
Jauh lagi perjalanan, semoga Allah mudahkan...



10 comments:

Unknown said...

salam puan terima kasih ats pkongsian ini.saya amat hargai klau puan dpt kongsikan no telefon pgasas jika boleh.

qinn said...

Salam boleh sy tau bagaimana dengan adam...dimana dia belajar sekarang kerana anak sy juga ada disleksia dan sukar mencari sek tahfiz utknya...

qinn said...

Boleh sy tau diman adam belajar sekarang

Cudid said...

Anak saya disleksia juga. Sekolah must sekarang. Tapi kena tukar sebab masalah disleksia.

Cudid said...

Anak saya disleksia juga. Sekolah must sekarang. Tapi kena tukar sebab masalah disleksia.

HaslinaFirdaus said...

Puan Hazrina Illlias boleh google tahfiz Alfawwaz Bangi https://www.facebook.com/Akademi-Tahfiz-Quran-Al-Fawwaz-152809974730845/

Puan Qinn, Adam sekarang belajar di tahfiz As-Sakinah Puchong, dan malam dia ambil tuisyen di Johan Academy, Puchong http://www.tutorface.my/advertiser/details/71#.VmqVtPl96Uk

Ms Hanny said...

Assalam puan. Terimakasih atas perkongsian. Saya sekarang memang sedang mencari2 sek tahfiz utk anak lelaki sy tahun depan. Dan dah peŕgi juga ke al fawwaz. Cuma kalau puan tak keberatan boleh saya tahu perkembangan Alif disana.. adakah masih belajar di situ? Twrimakasih puan.

Muhammad said...

Alhamdulillah..anak saya 8tahun br saja di interview dan lulus..tahun 2018 start sek kat Al-fawwaz. Teruja betul dia.. lepas balik dr interview terus dia semangat nak baca al-quran dekat rumah walau tersangkut2..bila tanya kenapa tiba2 semangat?..dia kata tak sabar nak masuk sekolah baru dan hafaz al-quran. Bila saya dengan matlmat sekolah itu dari mudir ustaz wan..saya terus berkenan..Alhamdulilllah..semoga anak2 kita semua diberkati Allah.

Unknown said...

Asslam..blh sy thu mcm mne nk dpt kn msuk skolah ni ?

haslina firdaus said...

Maaflah dah lama tak menjengah rumah ni... bersawang banyak dah ni... Tahun 2017 kami pujuk Alif tinggal dgn kami mungkin terlalu rindu, tiba-tiba rasa sedih pula bila dia berjauhan.. iaitu pindah madrasah berdekatan dgn rumah... akhirnya dia setuju.. Alhamdulillah, berkat ilmu dari Al-Fawwaz... Bacaan Alif sangat baik... klu dilatih bertaranum lagi bagus, itu pesan Ustaz Mahfuz dari Al-Fawwaz.. Alif diterima baik di sini.. dan ramadhan 2018, dia dipilih menjadi imam terawih di surau kecil... Hanya 2 tahun sahaja di madrasah As-Sakinah dan kemudian dia minta kami carikan asrama untuknya... dia ingin kembali berdikari ketika umurnya 13 tahun... dan akhirnya awal tahun 2019 kami menempatkan dia di Maahad Tahfiz Kiblah di Jenderam Hilir atas pilihannya sendiri...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails