Wednesday, December 30, 2009

Farewell for Jun

last minute plan...
we manage to make gathering for farewell for Jun...
dah lama dia keje sini, i think more than 7 years...
dia masuk sini, after i dah keje 1 year dia pun masuk...
masa we all keje sini memang staff tak ramai pun...
only us je yg perempuan...
lelaki pun ada la 3-4 org jer...
ofis pun kecik jer...
boss-boss syer bilik...
Skarang company dah besar...
projek pun dah banyak...
staff pun dah bertambah ramai...
but i rindu masa keje dulu2...
tak stress... happy jer...
tambah pula dgn senior kitorang azhar, badrul...
hapening jer...
skarang dorang sumer dah setup company sendiri...
semoga dorang pun berjaya jugak...

Thai-Thai Restaurant


Closed Area

Also Closed Area

view from outside



me wt baby afifa... cute kan...
us sampai dulu... tunggu yg lain blum sampai lg...
ahmad & hamzah jauh datang dr site kuantan lg..
ok dah sampai sumer, boss-boss dah balik dulu, ada appointment
enjoy the food
Speech from Jun
the gift for Jun, beso beno paper bag ni
Pang on behalf of us

the frame & foto time we all pegi korea





us

we all will start with new management...

taktau la camna new management nanti... hopefully sumer ok la...

i dah mula busy nak pack barang, nak pindah ofis baru next year...

then busy nak manage our company trip for the next year gak...

Friday, December 25, 2009

Masyaallah...

Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walaupun tinggal dibumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata. Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.

Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya.

"Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki.... " nasihat orang tua itu.

Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan mengejek. "Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?"

Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata-kata yang lebih dahsyat.

"Ambil handphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahannam untukku, " katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan dari si gadis manis. Sayang wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis yang masih muda itu yang tidak menghormati hukum-hakam itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.

Sepuluh minit kemudian bas pun tiba perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut di dapati tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu.

Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat.

Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu. Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Na'uzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan iktibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai Muslim sejati. Jangan sekali sekali kita mempertikaikan hukum Allah dan mahupun sunnah RasulNya s.a.w. dengan mempersendakan atau mengejek.

Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam. Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi bagi kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh.

Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodoh itu? Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul 'alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan. Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang di lakar oleh majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu hingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang itu.

Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang menjadikan bumi ini. Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah s.w.t. Taman laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini.

Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yang benar dan agar Dia memberikan kekuatan agar kita sentiasa dapat menjaga lidah kita.

Monday, December 21, 2009

kita bagai menumpang di bumi sendiri

Entry kali ni kira lepas geram...
Sebenarnya dah banyak hari berlalu... tapi asyik terlupa jer...
i ni dah lama tak naik bas, nak dijadikan citer, last saturday hubby cuti...
sebab Alif batuk teruk sangat malam tu, so hubby decide taknak gi keje
nak jaga anak...
i memangla tak bleh cuti on that day sebab ada tender closing...
Projek 9million tu, mau tak kelam kabut my boss..
segala price, unit rate, technical data sumer tu ada ngan i je...
tapi takpela, janji masuk keje, my boss ok jer...
So, i masuk keje pun dah pkl 11am...
Nasib baik company swasta...
Bleh la i kuar masuk ofis suka hati je...
Back to the story, dah abis keje dlm pkl 2 lebih, then call hubby
cakap anak2 tido la plak, tak sampai hati nak kejut dorang...
So, i decide balik naik bas... dah 4 tahun tak naik bas...
macam blur gak... so, my frens cakap bas pegi rumah i tu
Metro Bus No. 20...
Bila bas tu dah sampai, i pun naik la, bas ni ada konduktor org indon la...
mengikut cakap nya pun kita dah tau pun...
dia tanya nak turun mana, so i ckpla tmn putra perdana,
diani kerek gak, tanya lagi putra perdana tu besar, kat mana?
manalah i tau sedetail tu yg dia nak, so i cakapla dekat masjid...
then ok la amik tiket, bayar...
Masa dlm bas, i dengar bising2 gaduh...
tp i tak amik pot pun sebab dok leka baca magazine...
rupa2nya si konduktor ni dok bergaduh dengan sorang
warga mas... sebab apa tak pasti, mungkin warga mas bayar kurang kot...
Dengan berlagaknya dia halau warga mas tu turun bas...
memang kurang ajar siap tengking...
tp warge mas tu buat derk jeer... dia cakap depan sikit dia nak turun...
Sebelum dia turun tu dia cakap
"Saya orang malaysia, awak tu orang indon, menumpang jer kat sini,
jangan buat macam tempat sendiri"
Memang patut pun dia cakap camtu...
si konduktor ni memang indon pun, tengok muka pun dah bleh agak...
i pun tak teragak2 menyimpan no hotline utk aduan, geram tau...
ikutkan hati time tu gak nak call...
tp fon habis bateri plak... geram sungguh...
Bila bas tu lalu depan taman rumah i, i tekan button then turun...
pastu konduktor tu cakap "kak, masjid kat depan lagi," pastu i jawabla
"rumah i kt depan tu jer" then turun dgn secepat mungkin...
memang tak sanggup naik bas lagi...
rasanya ni last la i naik bas...
mat-mat indon, minah2 indon je dalam bas ni...
orang kita tak la ramai sangat naik bas...
tapi tak sumer indon tu jahat, saya ada sorang kawan ustaz irfan namanya..
baik sangat, diala yang mengajar kami mengaji Quran di bulan ramadhan..
sanggup datang rumah selepas terawih dgn motor kapcainya tu...

Mandi Sungai

Last weekend, we all pegi kenduri kawan hubby kat hulu langat, so dah dekat area sungai congkak, so after kenduri we all bawa la our kids ni mandi-manda...
sonok betul dorang ni mandi... klu dulu masa tinggal kat PJ everyweek we all bawa dorang mandi kat KLCC, skrg dok puchong nak ke KL rasa cam jauh sgt...
So, we think kena start balik aktiviti pagi di hari minggu...
-
-
-
-
-
-
-
-
-

-
-
-

-
-
-

-
-
-

-
-
-

-
-
-

-
-
-
-

Ok dah jom balik, lepasni nak pegi rumah Uncle Ali (my general worker-pakistan), ada house warming plak... sedap betul dorang masak, nasi beriani, capati, we all siap tapau lagi...

My Masak-masak

Ni my cooking aktivity last friday punya, malas betul nak update...
Bila cuti, rajin la sikit... Menunya takde la gempak sangat...
Biasa jer i masak... Belum habis jelajah cooking blog lagi...
kena banyak belajo lagi....
-
-
Sambal Telur
-
-
-
Kerang Bercili
ekceli nak buat kerang berapi, tapi bahan tak cukup...
so hentam sajala bahan yang ada...
Bahan2:
Kerang dlm 1 mangkuk je
Cili padi*
Cili merah*
Bawang merah*
Bawang putih*
Serai di ketuk
Sos tiram
Cara2:
Bahan2 bertanda * hendakla di tumbuk, then tumis bawang, kemudian masukkan
cili yang ditumbuk, pastu masuk serai, pastu masuklah kerang,
sos tiram, garam dan gula secukupnya... siap...

-
-
-

Our drink Sirap Coktail

-
-
-

Our desert Castard Coktail
Sumber dah lupa

Wednesday, December 16, 2009

Kerana Sehelai Bulu Mata

Diceritakan di hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Dia dituduh bersalah kerana mensia-siakan hidupnya di dunia utk berbuat maksiat. Namun begitu dia berkeras membantah, "Tidak demi langit dan bumi, sungguh tidak benar. saya x pernah malakukan perkara itu..."
-
"Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul2 telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa "
-
Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru ruang yg ada. Kemudian dia pun menyanggah, "mana saksi2 yg engkau maksudkan? disini tiada sesiapa melainkan aku dan suaramu sahaja."
-
Jawab malaikat, "INilah saksi-saksimu....."
-
Tiba2 mata berbicara, "Saya yg memandang,"
-
disusuli dengan telinga, "Saya yg mendengar perkara itu"
-
Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yg mencium"
-
Bibir pun mengaku dengan slumbernye, "Saya yg merayu"
-
Lidah menambah dengan berani, "Saya yang menjilat dan menghisap"
-
Tangan tanpa malu meneruskan, "Saya yang meraba dan meramas"
-
Kaki pula menyusul, "Saya yg berjalan dan berlari semasa itu"
-
"Nah kalau dibiarkan kesemua anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu," ujar malaikat. Orang tersebut x dapat membuka sanggahnya lagi. Ia berputus asa dan amat berduka kerana sebentar lagi ia akan dihumban ke dalam neraka jahannam.. Padahal ia amat berharap agar segala perbuatan jahatnya dapat diselindungi. Tatkala dia sedang dilanda kesedihan, tiba-tiba terdengar satu suara yg amat lembut dari sehelai bulu mata berbunyi, " Saya pun ingin mengangkat sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini." Malaikat menjawab dengan tenang, "Silakan wahai bulu mata"
-
"Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening, aku pernah dibasahi dengan juraian air mata penyesalan mengenangkan segala perbuatan keji yang telah dilakukan. Bukankah rasulnya telah berjanji, apabila ada seora ng hamba yang ingin bertaubat, walaupun sehelai bulu mata sahaja yg dibasahi dengan air mata, demikian itu diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? MAka, saya sehelai bulu mata, berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah bertaubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan."
-
Dengan kesaksian bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan segera dihantar ke syurga:
-
"Lihatlah hamba Allah ini masuk syurga kerana pertolongan bulu mata.."
-
PENGAJARAN YANG BOLEH DI AMBIL............ WALAU SEBESAR MANA PUN KESILAPAN YANG DILAKUKAN APABILA ADA KESEDARAN DAN KEINSAFAN BERTAUBAT LAH DENGAN SEPENUH HATI MAKA ALLAH AKAN MEMBERI KEAMPUNAN PADA ORANG YANG BERTAUBAT

Sunday, December 13, 2009

Testimoni (Cerita Benar)

“Beliau mengikis kulitnya menggunakan pisau sehingga berdarah kerana tidak tertahan rasa gatal dan bisa seluruh tubuh.”

Gambar di bawah adalah gambar Hairol (Mergong) sebelum beliau menggunakan BEAUTIFUL BIO-AURA (BBA) iaitu pada Disember 2007. Beliau berumur 19 tahun dan telah menderitai penyakit kulit kronik seluruh badan ini selama 11 tahun. Beliau telah diberhentikan sekolah dan dipulaukan oleh rakan-rakannya kerana ditakuti penyakitnya berjangkit. Beliau mengikis kulitnya menggunakan pisau sehingga berdarah kerana tidak tertahan rasa gatal dan bisa seluruh tubuh. Pelbagai cara moden dan tradisional telah dilakukan oleh keluarganya bagi mengubati penyakitnya itu.
-
-
-
-
Bermula dari Disember 2007, Hairol menjalani rawatan alternatif; minum, mandi, rendam kaki dan selimut badan dengan kain basah air Penapis Beautiful Bio-Aura (BBA) yang hebat… Ajaib memang ajaib …. Penyakit Hairol mulai sembuh sedikit demi sedikit…. Segala puji bagi Allah yang maha kaya lagi lagi amat penyayang … Allah tidak mendatangkan penyakit kepada hambanya melainkan ada ubatnya kecuali mati.

Jelas sekali perubahan yang amat ketara telah berlaku di mana Hairol tidak lagi merasa gatal dan bisa di seluruh tubuhnya. Seluruh keroping di badannya hilang dan kulitnya kembali seperti sedia kala.”
-

-
Dengan izin Allah keajaiban berlaku. Penyakit kulit kronik Hairol mulai sembuh dengan ketara sekali. Gambar-gambar di atas dirakamkan di rumah nenek Hairol di FELDA Lurah Bilut , Bentong, Pahang pada 11.4.2008 (penggunaan air BBA selama 4 bulan). Jelas sekali perubahan yang amat ketara telah berlaku di mana Hairol tidak lagi merasa gatal dan bisa di seluruh tubuhnya. Seluruh keroping di badannya hilang dan kulitnya kembali seperti sedia kala. Ini membuktikan bahawa Air BBA sangat hebat dan mujarab sebagai rawatan alternatif bagi penyakit kulit yang kronik seperti dialami oleh Hairol. Hairol masih terus menggunakan Air BBA bagi memastikan penyakit kulitnya tidak berulang semula. Seluruh ahli keluarganya sangat bersyukur dan gembira dengan perubahan yang telah berlaku kepada Hairol.
Anda Semua apa tunggu lagi...
Bertukarla kepada Bio-Aura
Hanya sekali sahaja seumur hidup dan
kesan jangka panjang utk Anda
Seisi Keluarga...
Hubungi Saya:
012-6486755

Wednesday, December 9, 2009

Rahsia Tauge


Menu TAUGE untuk hidangan makan tengah hari mahupun makan malam sering kali dipandang sebelah mata oleh kebanyakan kita. Tauge dilihat sebagai hidangan yang langsung tidak menyelerakan.
Tapi tahukah anda, tauge yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk dijadikan sayur ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat. Tauge dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan.
-
-
-
Bagaimanapun, khasiat tauge tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia. Mengikut kajian yang dijalankan tauge sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia ya berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine), sejenis asid yang amino. Kanavanin, dikatakan mampu melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besar dan pankreas.
-
-
-
Selain itu, tauge juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam tauge dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis) Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar mereka dari kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi, simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus. Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge secara umum kadar saponinya meningkat sehingga 450 peratus. Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak mengambil tauge dalam menu harian mereka. Saponi dalam tauge, menghalau "lemak jahat" LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL. Selain sarat DNA, tauge padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA.
-
-
Perlindungan ini menguatkan kesimpulan tauge merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda. Satu lagi khasiat tauge yang tidak kurang hebat adalah membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah yang menjadi tunjang utama tauge dalam memerangi sel kanser. Apabila kotoran segera meniggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang berseminya benih kanser. Selepas membaca kebaikan sayur tauge janganlah ragu-ragu lagi untuk mengambilnya.
Jadi apalagi,


Frustration!!!! Not Feeling Well!!!

I tersangatla penat and tak bermaya hari ini...
Semalam sampai ofis pun 9.15, harini 9.20...
Nasib baik la takde punch card, kalau tak asyik merah je...
Semalam i tak makan nasi satu hari, energy memang takde...
bila dah penat sangat selera pun hilang...
Tengah hari semalam bawa baby sitter Alif pegi bank
buat banker's cheque... nak kuar VIVA, cash tau...
Memang banyak duit betul diani...
Jaga budak pun boleh buat duit...
tu belum masuk ASB dia, beli keta pakai duit EPF...
rumah pun dia beli cash...
bila tengok dia i pun rasa jeles la plak...
Balik ofis dah dekat pkl 3... dah la tak sempat makan...
I parking kete tingkat 4, takde lift, kena menapak turun naik tangga
penat ooo, semput kejap...
pukul 5 kuar ofis amik Adam n Alif...
Adam macam nak demam, asyik meragam je...
boleh je sampai kete taknak balik rumah...
jenuh memujuk... then rushing balik rumah...
sampai rumah dah 6.30... jem...
Terus kuar ke Batu Caves... Tp i dah rasa lain macam...
Sakit perut... Maybe kena lagi ni...
Masa singgah sembahyang maghrib i dah tak tahan
Sakit sangat, kaki pun dah kejang...
dah sah i kena kencing kotor...
sakit ooo... so, tukar plan...
cancel... klu i attend class maybe tak bleh dok diam...
asyik nak terkencing jer...
I ni jenis tak minum air, nak habiskan segelas air sehari pun susah sangat..
so pagi ni terpaksa memaksa diri
minum ural & 100 plus banyak2...
Pagini macam nak balik rumah jer..
Sakit tekak, Sakit perut & nak demam...

Tuesday, December 8, 2009

Our Dinner malam tadi

Malam tadi i teringin nak makan steak, dah satu hari tak makan,
memang tak selera skrang ni.. tak tau la pasai apa...
time masak beriya-iya, bila makan sikit je, yg lain
hubby yang habiskan....
Sebenarnya janji dgn mai nak dtg rumah, tp tak jadi datang...
takde rezeki mai malamni...
next time klu rajin i masak lg...
i buat spagetti & steak wt black pepper sauce




my steak & fries


my spagetti



my steak



Alif feed adam, baik sangat tengok dorang timeni, caring plak tu...






Lepas makan, buka hamper plak, hubby dapat masa dr program masjid...




Excited btul my boys ni





ok dapat satu


adam dah dapat air


alif pun dah dapat air


kita minum dulu...


dah minum, pastu cakap tak sedap umi... plak dah!!


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails