Thursday, January 21, 2010

Membuka Pintu Rezeki

Dato' Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata......"
setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup @ telah tiada )".......... nescaya pintu rezekimu akan terbukabuat kamu...
-
Berdasarkan Hadith Nabi :
"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tuanya dalam sehari"
-
Huraian hadith:
~ jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidupmahupun yang sudah tiada )
~ Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)
~ Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah
~ Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ...tadah tangan danbayangkan wajah kedua orang tua k ita , termasuk guru2 k ita dan merekayang banyak menolong k ita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
~ Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah
-
Kesimpulannya:
~ Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris.....Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari
~ Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..) InsyaAllah
-
Berusaha dan bertawakal.....insyallah,
rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM, (kata Azmil Mustapha).....Mari kita cuba..
Allahhuakhbar... Insya Allah

Tuesday, January 19, 2010

bila 2 beradik saling memerlukan

Susah btul nak tengok 2 beradik ni main sama
asyik gaduh je...
sejak 2 menjak ni, dorang bukan main rapat...
main pun sama, makan pun syer...
Alif ni walaupun dia kecik lg tapi dia care adik dia,
bila kat luar ada guruh, dia panggil adik dia masuk dalam
takut guruh, tp adikni tak paham, buat derk jer...
sampai menangis si abang, panggil adik masuk...
bila adik jatuh, dia akan tanya, "sakit tak?"
then cepat2 gosok tempat sakit...
bila dalam keta, kadang2 Adam senyap je..
dia akan tanya "Adam mana umi? Adam tido ke"
time main pulak, si adik ni suka kereta, lori..
si abang dulu suka jugak kereta & lori, tp sekarangni
dah pandai suka dinosour, ben10 & transformer...
tp bila tgk adik syok main kereta, dia pun nak main gak...
ada perasaan jeles gak ni...
Gambar malam tadi, when dorang engage on phone konon2la...
nice la pulak dengar dorang sembang..




Monday, January 18, 2010

Detik-detik Rasulullah Menghadapi Sakaratul Maut

Air mata Rasulullah – detik-detik Rasulullah SAW Menghadapi Sajaratul Maut
-
Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohi Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung2 gurun enggan mengepakkan sayapnya. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah, “Wahai ummatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertaqwalah kepadaNya. Kuwariskan dua perkara pada kalian; Al-Quran dan Sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk ke dalam syurga bersama-sama ku.” Khutbah singkat diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu-persatu.
-
Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghelakan nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang , saatnya sudah tiba. “Rasullullah akan meninggalkan kita semua,” keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang dalam keadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Di saat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik yang berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang keringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.
-
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. “Bolehkah saya masuk?” tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, “Maafkanlah, ayahku sedang demam.” Kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.
-
Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya kepada Fatimah, “Siapakan itu wahai anakku?” “Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini melihatnya.” Tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. “Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut.” Kata Rasulullah. Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri , tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya , kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap sedia di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.
-
“Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?” Tanya Rasulullah dengan suara yang amat lemah. “ Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatangan mu.” Kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. “Engkau tidak senang mendengar khabar ini?”tanya Jinril lagi. “Khabarkan kepada ku bagaimana nasib umatku kelak?” “Jangan khuwatir, wahai Rasulullah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: “kuharamkan syurga bagi sesiapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,” kata Jibril.
-
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. “Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.” Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkn muka. “Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?” Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. “ Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,” kata Jibril.
-
Sebentar kemudian, terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. “Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua seksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.” Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. “ Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku”- “Peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.”
-
Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukkan. Fatimah menutupkan tangan diwajahnya dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. “Ummatii, ummatii, ummatii”- “Umatku, umatku, umatku”. Dan berakhirlah hidup seorang manusia yang mulia yang memberi sinaran itu.
-
Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholi ‘ala Muhammad wa baarik wa salim ‘alaihin.. betapa cintanya Rasulullah kepada kita. Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim yang lain agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan RasulNya mencintai kita. Kerana, sesungguhnya selain daripada itu hanya fana belaka….

Sunday, January 17, 2010

Weekend Morning @ KLCC

dah lama betul tak beriadah waktu pagi ni...
sejak pindah puchong, sume aktiviti luar jadi malas..
sebab dah sonok lepak kat umah jer...
Biasanya morning weeked kami akan pegi taman tasik titiwangsa or KLCC
tapi my kiddos ni lebih suka pegi KLCC
sebab bleh mandi manda...
tp bila dorang dah start batuk and selsema, aktiviti morningni terbantutla...
bila abah cakap nak pegi KLCC bukan main sonok lg Alif ni,
Adam tak tau lg ape benda KLCC tu...
macam Alif dah ingat banyak tempat...
walaupun dah berbulan tak pegi tempat tapi dia still ingat lg..
dia tau apa ada kat tempat tu...
so, sebelum tido sibuk suruh umi cari baju mandi dia...
tp terlambat bersiap, pukul 8 baru kuar rumah...
dah panasla skit...
tengah hari baru balik, singgah tesco, tp tak jadi masuk
sebab adam tido, so drive-true McD je la...




















malam tadi bila tgk gambo Adam naik buai, Alif cakap dia tak sempat naik buai
so kena pegi lagi ni











"alif takleh naik, adam tolong"

adik tarik abang naik atas,
comel sungguh bila dorang caring camni

dah berat anak umi ni

tak larat umi

adik pula nak naik, minta abang tolong, taknak umi tolong

ok dah berjaya tarik

dah bleh mandi dah















me and hubby, time our kiddos mandi, sempatla kami bergamba berdua




ok nak balik dah






Wednesday, January 13, 2010

RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58


Barangsiapa yang membaca YASSIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah tersebut " SALAMUUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM " diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baik mu, Insyallah dengan izin yang maha esa dan maha kuasa, semua hajatmu akan dikabulkan.

Jika boleh niatkan sebegini:
1) YA-ALLAH YA-RAHIM, Ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku
2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, Kurniakan aku isteri,suami,anak-anak yang soleh dan mencintai islam
3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, Kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baik dan berjaya didunia dan akhirat
4) YA-ALLAH YA-JABBAR, Makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku dapat ini
5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, Jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq dan miskin
6) YA-ALLAH YA-WADUUD, Kurniakan aku dan seluruh umat muhammad yang beriman kesihatan zahir batin
7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, Makbulkanlah semua hajatku, dan redhaikanlah aku.....
AMINnnnn.

DARI DR FADILLAH KAMSAH

7 'C' SEBAB SUAMI BENCI ISTERI (dari Dr Fadillah Kamsah )Untuk semua isteri, bakal isteri dan jugak yg beristeri ...
C1. CABARIsteri nie kalau bergaduh dengan suami mulalah kata "Kalau awak berani cubalah [cabar suami cari perempuan lain]! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI ... nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata ...
C2. CABULPerbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu) seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua ...
C3. CELUPARCelupar nie suku-sakat cabul juga. Isteri selalu cakap yg kotor, mungkin kadang2 terlepas cakap ...
C4. COMOTIsteri bila nak keluar rumah aje baru nak comel tapi kat rumah comot. Suami pula di opis dok nampak yg comel2 aje ... Ade isteri kata - mekap untuk suami, ... tapi kat rumah tak mekap pun ...
C5. CEMBURUSuami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan ... sikit2 dok telefon suami kat opis. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2 ...
C6. CEREWETSuami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat
C7. CINCAIBuat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai ... Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak ... anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi ...
7C ni lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya ... Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita ni insan yg mudah lupa & lalai ... ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 7C tu ...

Sunday, January 3, 2010

Nasi Ayam Bakar My Version & Paprik Ayam



Masak2 cuti friday haritu...
hubby keje, so kami dok rumah je anak beranak...
Sejak 2 menjakni asyiktension jer..
sebab Alif dok meragam je, itu tak kena ini tak kena...
susah hati betul...
tergugat kesabaran... i ni jenis baran skit..
time camni memang mencabar betul...
bila bawa pegi kedai, taknak masuk kedai...
bila ajak balik taknak balik pulak...
nak buat camna tu...
dok melalak... ntah apa yg dia nak pun tak tau..
balik rumah kena paksa tido..
barula aman...
rupa2nya ngantuk la tu..
tu yang mengamuk tak tentu pasal...
tp Adam ok plak, bila abang dia mengamuk...
dia diam jer... suruh buat apa pun ikut je...
Bila dorang dah tido sempat la i buat nasi ayam...
kali ni tak tengok resepi pun, kononnya dah pandai la tu
padahal tak sempat nak korek resepi.. main hentam jer
nasib jadi nasi ayam i ni...


My Nasi Ayam



Our Lunch Nasi Ayam & Ayam Bakar Jintan (utk hubby)


Ayam tengah panggang atas dapur arang baru je beli...
kes nye i tgk neighbour babysitter dok masak pakai ni...
berkenanla pulak, senang gak... br rasa original gitu...
i tak suka pakai oven.. mungkin oven i ni kecik kot...


Ayam Madu panggang


Nasi i lupa nak snap...



Resepi:



Nasi Ayam my version
Beras dimasak dengan air rebusan ayam...
sebelumtu tumisla bawang merah, bawang putih dan halia...
lepastu masukla beras dan air rebusan ayam dan
sedikit garam..


Ayam Madu
Ayam yg direbus tadi diangkat dan toskan...
tumbuk bawang merah, bawang putih, halia
dan campurkan dengan madu, sos tiram, kicap pekat, kicap manis
dan sedikit serbuk lada hitam
kemudian perapkan ayam dengan bahan diatas
boleh digoreng atau dibakar





Ayam Bakar Jintan
1/4 bahagian ayam
diperap dgn garam, kunyit, jintan manis, jintan putih dan sedikit ketumbar
kemudian bakarla sehingga masak..



Sup Bersayur
Tumis bawang merah, putih, halia yg telah ditumbuk
masuk air, ayam dan sup bunjut adabi...
last skali i tambah sedikit sayur sawi, carrot, dan kentang..
garam secukup rasa..



Sos Kicap
sedikit air rebusan ayam dicampur dgn kicap manis, kicap masin
sos tiram dan sedikit garam... kemudian masak sehingga mendidih..



Sos Cili Merah
Cili merah di blend, dan dicampurkan dgn sos cili
gula, dan sedikit garam
kemudian masak sehingga mendidih...


Paprik Ayam
Menu semalam punya...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails