Friday, November 13, 2009

Mudahnya Isteri Mendapat Pahala

Untuk mendapatkan keberkatan dan keredhaan Allah subhanallah Taala
untuk muslimah adalah terletak pada tanggungjawab/peranan isteri
terhadap suami.
Antara tanggungjawab yang wajib untuk isteri mendapat
lebih pahala adalah:-

1. Memberi/membuat segelas air untuk suami:>
Fadhilat : mendapat pahala puasa sunat 1 tahun

2. Menyedia/memasak makanan yang mengenyangkan suami:>
Fadhilat : mendapat pahala haji dan umrah

3. Perkhidmatan yang diberi pada suami:>
Fadhilat : mendapat pahala yang tidak putus-putus

4. Menghamilkan benih suami:>
Fadhilat : mendapat pahala syahid

5. Isteri mandi Junub dengan suami:>
Fadhilat : pahalanya seperti sedekah 1000 ekor kambing pada fakir miskin

6. Suami meninggal dunia dahulu dari isteri dan meninggalkan anak :
Fadhilat : isteri mendidik anak itu menjadi seorang yg soleh/orang
yang berguna dengan didikan agama yang sempurna. maka suami tetap
mendapat pahala dan menjadi benteng dari api neraka. dan sekiranya
isteri berkahwin lain suami yg meninggal itu tetap dapat pahala
sekiranya didikan Isteri pada anak-anak berterusan dengan baik.

7. Isteri yang memandang suami dengan harmoni dan menyukakan :
Fadhilat : seolah-olah berzikir kpd Allah

8. Sekiranya seorang isteri meninggal dunia dengan keredhaan suaminya
terus masuk syurga.

Thursday, November 12, 2009

Rahsia Pemakanan Genius Islam

Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia keajaiban
daya intelek mereka. Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab
tradisional dalam bahasa Arab. Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan
umat Islam sendiri. Namun akhir-akhir ini ada usaha-usaha untuk
mengetengahkan
kembali kepada umum. Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan
Islam
dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji keabsahan formula ini. Ini
didorong
oleh penemuan - penemuan saintifik yang membuktikan kebenarannya, khususnya
terhadap
susu, madu dan telur. Berikut adalah formula pemakanan genius - genius
Islam yang
telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan :

1) MADU
Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya
sebagai "shifa'" iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar "Raja
Ubat",dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk
kesihatan
keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein,
antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental
individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti
kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium
kalium,kuprum,
silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan
fizikal-mental. Rasullullah s.a.w bersabda, "Siapa ingin hafal, hendaklah
ia
minum manisan madu". Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit -
penyakit
mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti
berfikir,
membaca, merancang dan bermesyuarat.

CARA MINUM : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.
PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat
merbahaya!!!


2) KISMIS
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi
memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak.
Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa,
lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.

CARA MAKAN :
i)Menghadap Kiblat
ii)Baca "Bismillah" dan selawat ke atas nabi (3 kali)
iii)Baca doa penerang hati
iv)Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika
dikunyah
seperti makan kacang.
v)Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.

3) SUSU SEGAR
Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan
tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu
keju,
lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu
adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam
kelas
makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein,
semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati
kesihatan
umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Rasullullah s.a.w
menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki
penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk
ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Susu
hidup lebih berkhasiat dari susu debu.

CARA MINUM :
i)Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam
ii)Baca "Bismillah" dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh
Rasullullah
s.a.w

4) TELUR
Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan
keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang
lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium,
kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi,
air,
choline dan bahan ekstraktif. Sabda Nabi s.a.w, "Sesungguhnya seorang nabi
a.s mengadu kepada Allah (kerana dia)lemah badan. Maka Allah s.w.t
memerintahkannya supaya memakan telur". Telur terutama telur kuning,
berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus.
Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

5) HALIA
Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau
dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan manis - manisan dengan
merebus dan mencampurkannya dengan gula.

CARA MAKAN : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.

6) LIMAU OREN
Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan
fikiran
menurut hadis Nabi s.a.w. Limau - limau jenis lain juga elok untuk
diamalkan.

7) BUAH DELIMA
Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, "Barangsiapa yang memakan buah
delima
keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari."

8) DAGING BURUNG MERPATI
Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia
mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif
untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak - kanak. Kaedah ini sangat
popular dan berkesan. Kanak - kanak yang diberi telur burung merpati
didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.

9) OTAK AYAM
Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga boleh
dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya.

10) DAGING AYAM
Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat
pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya
berkhasiat
meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a meriawayatkan
bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.

11) DAGING BIRI-BIRI
Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat
meningkatkan kekuatan hafazan.

12) HATI
Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan
bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.

13) KEKACANG
Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan
lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan
kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Memakan kacang pistachio merupakan
amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa Melayu yang tinggal di
Melaka. Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.

14) BUAH BADAM
Untuk meningkatkan kecerdasan.

15) ZA'FARAN : KOMKOMA (CROCOS SATIVUS)
Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di kedai-kedai
runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu.

16) KEMENYAN PUTIH (kemenyan serani/luban/kundar)
Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.

17) BUNGA KOBIS
Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.

18) BUNGA CENGKEH
Ditumbuk sehingga halus lalu dimakan sedikit sahaja.

19) LABU
Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi s.a.w.,
"Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal". Baginda juga berkata, "Jika
kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya
kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal.

20) BUAH KEDEKAI (MAJALAWI)
Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.

21) MINYAK SAPI
Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil.

22) SAYUR-SAYURAN DAN BAUH-BUAHAN SEGAR
Juga membantu meningkatkan akal dan memori

Family Dinner at Kenny Rogers

Last friday punya cerita... mls nak story lets foto storyla...

Alif n Abah

Umi n Adam

us again


Drinks Manggo n Orange Juice

Spaggeti for alif

Quarter Meal for abah

Quarter Meal for me

Alif takmo spaggeti pulak, then tukar ngan abah

Adam feeding his chicken soup

b4 balik kena grab mainan dulu, set dinosour 1 for alif

1 for adam, mesti sama klu tidak berebut pulak...


ok dah habis, kedai sumer dah tutup, boleh balik rumah, alif n adam dah tak sabar nak main set dinosour diorang ni...

Wednesday, November 11, 2009

My kids in action

saja amik gambo my kids... skrgni traffic jem teruk skit... hari2 camni, tu yg malas pegi keje... dulu dok dekat pun sama gak, asyik masuk lambat masuk keje pkl 9am, kuar rmh pun 9am, boleh gitu... skrg ni idok la gitu, kuar rmh paling lambat pun pkl 8am, tp sampai ofis 9am++ skit je...

Alif in action

Adam in action

meleleh air liur...

Sunday, October 25, 2009

Puding Apple


Sumber:dah lupa, kpd tuan resepi terima kasih yer....
mintak halal yer...

Bahan-Bahan
1/2 cwn mentega dicairkan
1 cwn fresh milk
1 cwn tpg gandum
3/4 cwn gula halus (resepi asal 1 cwn gula)
2 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil serbuk kayu manis
3 biji apple dipotong nipis dan dipanaskn dlm microwave 5 minit
(utk melembikkan apple)
1/2 cwn kismis

Cara-Cara
1. Ayak tepung & serbuk penaik
2. Campurkan tepung, gula, fresh milk, mentega sehingga sebati
3. sementara tu campurkan serbuk kayu manis & apple dan panas dlm microwave 5 minit
4. Kemudian campur (3) dan (2) dan juga kismis
5. Panaskan oven 180 darjah dan bakar selama 40 minit

Buat hari ahad lepas, sebab alif tak nak makan ape2... susah hati betul bila anak taknak makan ni...dah masak macam-macam pun tak nak makan jugak, sampai kembung perut... malam tu goreng nasi dgn butter, kismis dan ayam barula nak makan... lega rasanya...

Asam Laksa sgt ringkas dan mudah




Bahan-Bahan
1 peket laksa segera (rupanya macam kuetiew)
2 tin sardin kecil (1 tin blend, 1 tin dipecah ngan garpu jgn sampai hancur)
4 kuntum bunga kantan (dipotong 6 bhgn)
1 btg serai
daun kesum (ikut suka la)
3 kpg asam keping
asam jawa
otak udang
1/3 biji nenas dipotong kecil
Bawang merah/besar blend (campur pun boleh)
Cili giling/boh


Cara-Cara
1. Tumis Bawang sampai naik bau
2. Masukkan cili giling/boh (klu nak pedas masuk byk skit)
3. Then masukkan air, agak2 la ye lbh kurang 3 cwn, klu pekat baru tambah lg air
4. Then masuk bunga kantan, daun kesum, asam keping, serai, sardin blend
5. Kemudian masukkan nenas, asam jawa, otak udang
6. Perisakan dengan garam dan gula
7. Last skali masukkan sardin yg dipecah dgn garpu
8. Biarkan mendidih lama skit, then angkatla
9. Hidangkan dgn bawang besar, cili padi, timun & daun pudina

Thursday, October 22, 2009

Hepy Besday My little boy Adam

Big hug and kiss from umi, abah and brother alif... semoga adam membesar dgn baik dan sihat selalu... semoga menjadi anak yg baik dan mendengar kata...
Hadiah dah dapat kan, masa birthday brother alif... so kali ni, just a cup cakes for adam... thanks to uncle hamzah and aunty nani for the cute cup cakes.... nice and sedap...


a cup cakes for blow

birthday boy

hepy beeday to uuuu....

ok blow the candle

jom makan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails